Penjelajahan
pasukan pengkaji Noah's Ark berjaya memasuki ke dalam struktur kayu
berusia 4,800 tahun di Snow-capped Mount Ararat. Pakar-pakar dan
pegawai-pegawai Turki turut percaya artifak ini ialah Bahtera Nabi Nuh
(Noah's Ark).Kesan bahtera Nabi Nuh (
Noah's Ark) telah ditemui pada ketinggian 13,000ft di sebuah pergunungan Turki.
Sekumpulan penjelajah Cina dan evangelis Turki berkata mereka telah menemui peninggalan kayu di
Mount Ararat, Timur Turki.
Mereka
mendakwa berdasarkan usia karbon telah membuktikan khazanah-khazanah
ini berusia 4,800 berusia - sekitar masa yang sama ketika bahtera ini
berlayar.
Yeung Wing Cheung, daripada pasukan penyelidikan antarabangsa
'Noah's Ark Ministries, berkata: "Walaupun bukan 100 peratus pasti, tetapi kami yakin ia 99.9 peratus bahawa inilah peninggalan bahtera itu."
Katanya
struktur yang mengandungi beberapa ruang-ruang, denganbeberapa batang
kayu, bahawa mereka percaya ianya untuk ruang bagi tempat tinggal
binatang.
Kumpulan ahli arkeologi evangelis turt menemui satu
penempatan manusia yang tidak pernah dijumpai sebelum ini pada
ketinggian 11,000ft, menurut Yeung.
Pegawai-pegawai Turki tempatan akan memohon kerajaan pusat di Ankara bagi status
UNESCO World Heritage agar tapak ini dapat dilindungi manakala satu galian arkeologi utama turut dapat dijalankan.
Sebelum ini telah ramai yang mempercayai
Mount Ararat, titik tertinggi di rantau ini, ialah di mana letaknya bahtera Nabi Nuh terkandas bersama pengikut-pengikutnya.
Gambar sekitar pencarian Bahtera Nabi Nuh.


